Palestin oh Palestin

Posted on January 11th, 2009 under Random. Tags - , , ,

Aku cukup hiba bila tengok warta berita atau surfing web berita. Palestin. Apa salah mereka? Apa peranan kita?

Aku? Aku rasa aku tak mampu nak angkat senjata & berperang dengan Israel (Yahudi mabok). Tapi sekurang-kurangnya aku masih mampu menaip post kali ini. Hentikan menyokong Israel secara tidak langsung. Bersama²lah kita memainkan peranan.

Check out these links :-

Bob.My | XeRo | MenJ | Rohaizad | Affuan | PalestinKini | Azhad | Sejarah Palestin | Aman Palestin | PeduliPalestina |

P/s: Link akan ditambah jika ada permintaan.

6 Comments

Banjir wehh

Posted on December 2nd, 2008 under Life. Tags - , , ,

Hua semalam rumah aku naik air daa. Tenggelam gak la dua anak tangga. Nasib la rumah kampung ni tinggi. Kalo tak, mau terapung PC aku nih. Hehehe. Anyway, arini dah surut tapi jalan nak ke bandar Jerteh masih lagi ada air melintas di beberapa lokasi seperti Alor Keladi, Lubuk Kawah & Cherang Meliling. Hujan pulak tak henti2 dari pagi sampai petang. Sawah pulak dah jadi cam Lautan Hindi. Hehehe. Sayangnya aku dah jual kamera kau tu kat member, so takleh la nak snap2. Huhu.

Nanti kalo banjir melanda lagi, aku update keyy.

No Comments

Cinta seorang lelaki

Posted on November 12th, 2008 under Random. Tags - , , , ,

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

3 Comments

Aidilfitri ’08

Posted on October 2nd, 2008 under Life. Tags - ,

Wah memang lama aku tak update blog ni. Tapi di hari baik bulan baik ni aku update jugak. Salam lebaran buat semua pelawat/pembaca. Maafkan salah silap saya sekiranya ada.

P/s : Jemputlah beraya kerumah. :P

1 Comment

Ke rumah makcik

Posted on July 14th, 2008 under Life. Tags - , , , ,

Jumaat aritu aku gi jenjalan ke rumah makcik aku. saje je nak ilangkan boring ni. kelas pun belum start lagi, so merayau je lah keje aku.

Cam biasa lah, aku sempat jugak snap beberapa keping gambar kat sana. video pun ada tapi buat masa ni Youtube masih lembab untuk upload video itu.. sabaq nooo.. nak tengok gambaq, pi kat Flickr .

3 Comments

Page 1 of 28123451020...Last »

Search

Greetings

Welcome to my personal blog. Feel free to surf around, and do contact me if you ever need anything.

Have a nice day!

Twitter Updates

FlickrRSS

  • IMG_0385IMG_0377IMG_0373IMG_0372IMG_0370IMG_0368IMG_0367IMG_0366
RSS Feeds