6 Weird Thing
Posted on March 17th, 2007 under Random. Tags - friends, tagged, weird
Ah, being tagged by Encik_Abah a few days ago. Cair abis my brain nak memikirkan perkara² yang aneh² tentang diri ini. At last jumpe jugak 6 perkara yang aneh² itu. Oleh kerana agak sukar mencari keanehan diri ini, maka diisytiharkan bahawa “saya tidak aneh a.k.a saya normal
“.
Marilah sama² kita perhatikan apa yang aneh tentang saya, dan jadikanlah iktibar dan pengajaran, moga² anda tidak memiliki keanehan seperti saya ini.
1. aku suke ratah lada jeruk begitu sahaje. sedap tau, sehingga menjilat jari. tapi kalo makan lada jeruk dengan mee goreng pun not bad jugak. bulan puasa yang lalu, aku selalu ‘borong’ lada jeruk biler gi beli mee goreng. hehehe
2. suke dengar lagu dari macam² genre. Hip-hop layan, rock layan, dangdut layan, dikir barat layan, lagu arab layan, RnB pun layan. asalkan sedap didengar kat telinga nie, layan ajelah… tapi selalunya cepat boring, so lagu tak abis lagi dah tukar lagu seterusnya
3. fobia giler² ngan lipan. anything but LIPAN. jangan kata yang besar ibu jari, yang besar lidi pun dah gigil. ini semua sebab masa kecik?dulu penah demam panas, then malam tu mimpi lipan besar bas datang gigit. ooohh fobianya.. tak kira la depan mata ke, dalam gambar ke, atau dalam fear factor ke (kalo dapat masuk fear factor, pastu kena main ngan lipan, gerenti mengaku kalah punyer lah).. huhuhuhu
4. suka kemas bilik, pastu sepahkan balik. hehehe. selalunya berlaku bile tahap keboringan mencecah 180 darjah fahrenheit. atleast rupa bilik aku selalu berubah, so takder la boring sangat memandang.
5. suka baca suratkhabar lama². kadang² seminggu lepas punya pun layan. macam la suratkhabar tu arini punye. hehehe. well, membaca jambatan ilmu (that what I remember from my primary school
)
6. MP3 maniac! kalo nak tido, cucuk earphone kat speaker komputer, bukak WinAmp, pasang lagu² kegemaran kuat². selalunya setengah jam lepas tu, terus lelap. pagi esok bangun terus pening kepala & sakit telinga. kalau tak lelap, maka berjaga sampai ke pagilah jawabnya. hahaha.
Okay, sudah tahu keanehan saya? Sekarang sesi mencari mangsa tagged pulak. Berikut adalah mangsa² yang bertuah.
1. Ikram-Zidane
2. Faqroul Afiq
4. Muhamad Fuad
5. Mr Wizurai
6. Najwa
Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
4 Comments
paskal on March 17th, 2007
uuuu jangan la bayangkan… gerun seiii…..
erza on March 18th, 2007
hikhik..macam2 la korang ni.tapi kan, pasang lagu kuat2 then tido, bahaya tu. karang x smpai umo 50 gegendang tlinge dah KO.huhu..tapi penah gak wat camtu tu.hehe
Najwa on March 19th, 2007
waahhh, lipan. gue pun takut gak, hehe. tu lum masuk lipas ngan cicak. *seram* thanks for the tag anyway








abah on March 17th, 2007
hohhhhhhh terima kasih kerana sudi buat jugak tag tu..huhuhu aku sesajer jer..
Hummm i loike yur kepelikan ngan lipan tu…abah plak fobia ngan lipas..wakakaka tak dapat bayangkan if the lipan sebesar bas… huuuuu