Palestin oh Palestin
Posted on January 11th, 2009 under Random. Tags - berita, isu, palestin, zionis
Aku cukup hiba bila tengok warta berita atau surfing web berita. Palestin. Apa salah mereka? Apa peranan kita?
Aku? Aku rasa aku tak mampu nak angkat senjata & berperang dengan Israel (Yahudi mabok). Tapi sekurang-kurangnya aku masih mampu menaip post kali ini. Hentikan menyokong Israel secara tidak langsung. Bersama²lah kita memainkan peranan.
Check out these links :-
Bob.My | XeRo | MenJ | Rohaizad | Affuan | PalestinKini | Azhad | Sejarah Palestin | Aman Palestin | PeduliPalestina |
P/s: Link akan ditambah jika ada permintaan.
6 Comments
atie on February 6th, 2009
jgn kite membenci yahudi, yg patut dibenci zionist, ade jgk yahudi yg baik, wallahuallam…
pd paskal, sudi2 lerr lawat kite punyer blog yerr….
taker on February 22nd, 2009
Ketika ini siapa sahaja yang memperjuangkan Palestin kita sokong secara membuta tuli dan agungkan mereka sebagai wira, hamas – ikhwan muslimun, Hizbullah – Syiah di Selatan Lubnan, Iran (mendakwa sokong kerajaan Hamas dikatakan dengan memperuntukkan beberapa ratus juta). Betapa hebatnya cercaan kita kepada kedayusan pemimpin-pemimpin Arab yang kebanyakannya kini telah dijerut lehernya menerusi telaga minyak dinegara mereka. Pengkhianatan Arab ini sebenarnya adalah sambungan kepada sikap Jordan pada masa lampau yang sentiasa menyelamatkan Israel dari serangan orang-orang Arab… Namun kita jarang menyebut betapa besarnya peranan Saddam Husein terhadap penduduk Palestin dengan bertindak mengebom Yahudi pada 1991 sebagai mengajar Amerika dan Barat serta mengambil pelarian-pelarian Palestin di Iraq sebagai anggota polis negaranya dan kemudahan-kemudahan kehidupan. Atas alasan ini, kematian Saddam Husein amat ditangisi mereka.
Apa yang menyedihkan ialah sikap double standard sebahagian umat Islam yang hanya meminati Palestin tetapi menolak perbahasan mengenai kejadian-kejadian di Iraq dan Afghanistan yang hanya disokong semasa perang itu bermula. Malah lebih menyedihkan ada yang mengelak dan mengambil sikap berkecuali, malah ada yang bertindak melabelkan membicarakan tentang Sunnah Iraq akan menyebabkan kita akan memecah-belahkan umat Islam, mengapikan perpecahan antara Sunnah dan Syiah yang sebenarnya secara sejarahnya tidak pernah bersatu dalam sejarah. Mereka tidak mampu menyelongkar hakikat peristiwa penjara Abu Gharib dan penjara-penjara Iraq yang kebanyakannya didiami oleh orang Sunnah yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan pejuang-pejuang Sunnah dan mereka tidak menyelami hakikat betapa ramai ulama’-ulama’ dan profesional-profesional Sunnah yang telah dibunuh.
Peningkatan imej Hizbullah semasa perang Hizbullah-Yahudi kononnya membela Palestin akibat menculik dua mayat askar Yahudi merupakan saat ilusi yang kronik. Ketika itu terbit pelbagai buku bagi menyanjungi Hizbullah munafiqin itu, padahal hari ini Hizbullah telah pun berdamai dengan Yahudi dan menyerahkan semula mayat-mayat askar Yahudi itu. Mereka gagal memahami situasi sebenar bagaimana Hizbullah boleh menjadikan manusia di selatan Lubnan sebagai perisai tatkala Yahudi menggugurkan bom ke selatan Lubnan yang bukan sedikit penduduk Sunnah dan pelarian Palestin berteduh, para ulama’ Timur Tengah mempersoalkan tindakan berkenaan. Adalah satu amat pelik taktik menjadikan manusia sebagai perisai bila diserang lari ke pergunungan, taktik ini disifatkan ‘perjuangan yang sangat berani’ sedangkan hakikatnya hanya beberapa orang askar Hizbullah terbunuh berbanding pulhan ribu ‘perisainya’ menjadi korban. Ia bukan sahaja pelik tetapi lucu bila mana akhbar-akbar Israel sendiri mengakui keberanian Hizbullah dan mempromosikan kemenangannya. Hari ini yang tinggalnya tubuh badan umat Palestin dan anak-anak batu sahaja yang akan mereka gunakan bila kereta kebal Yahudi menyerang dan merampas tanah mereka. Kemana perginya sokongan Hizbullah, kemana perginya sambutan Hari al-Quds di Iran dan sokongan duitnya kepada Hamas. Kejatuhan Hamas menjadi bukti tulisan ulama’ Timur Tengah betapa sebenarnya duit Iran tidak sampai ke Palestin, malah sokongan Iran berkenaan hanya untuk popularitinya. Jika benar mengapa tidak digerakkan tentera-tentera proksinya- Hizbullah dan militia-militia Shiah di Iraq untuk bergerak ke Yahudi dan hapuskan mereka dan bela kerajaan Hamas jangan sampai jatuh. Hakikatnya bukanlah demikian. Saya ingin memetik beberapa hari lalu kecoh menyatakan Hasan Nasrallah diracuni oleh Israel. Antara akhbar yang melaporkan berita ini ialah akhbar Israel sendiri dan dikatakan doktor-doktor dari Iran bergegas ke Lubnan dan menyelamatkan Hasan Nasrallah. Baru 3 hari kemudian Hasan sendiri menafikan pula berita dia diracun. Permainan jenis apakah ini?
Apakah umat Palestin berada dibumi Palestin sahaja? Atau di sempadan Lubnan sahaja? di Malaysia sahaja? Bagaimana etnik mereka di Iraq ? Seharusnya kita mengetahui betapa banyak jumlah rakyat Palestin hidup di Iraq dan bernaung dalam kerajaan Saddam yang mereka percaya satu-satunya pemimpin Arab yang telah menolong mereka. Saddam melindungi mereka bukan sahaja bagi mengimbangi perbezaan etnik Syiah malah menolong mereka dengan menjadikan askar-askar dan polis kerajaan. Sebaik sahaja Saddam jatuh dan Ba’ath hancur, orang Palesti ini menjadi target dan bukan sedikit jumlah mereka telah dibunuh oleh militia-militia Syiah. Tidak cukup dengan perkembangan demikian hari ini akhbar Timur tengah dan Iran sendiri telah melaporkan berita bahawa pengakuan Hizbullah dan Iran bertanggunjawab membekalkan latihan dan senjata kepada militia-miltia Shiah di Iraq yang bernaung dalam pasukan Tentera Mahdi iraq yang dipimpin oleh Dajjal Muqtada Sadr, (potretnya di julang semasa demontrasi di Kuala Lumpur Tahulu, bersama potret Sistani dan Khomeini). Sebenarnya berita ini bukannya baru bahkan Muqtada Sadr sudah lama mengakui kewujudan kumpulan-kumpulan dari Iran dan Lubnan bagi menjalankan aktiviti ‘ethnic cleansing’ di Iraq. Baru-baru ini kebetulan isteri saya – sedang berkhidmat di IPTA menemui pakar sejarah di Jabatan Sejarah UKM, Prof Nik Anuar Mahmud, beliau menjelaskan : Sebenarnya berdasarkan dokumen-dokumen yang beliau perolehi proses penghapusan etnik di Bosnia dan Israel sebenarnya menyamai apa yang dilakukan oleh Syiah bersama Amerika di Iraq bahkan lebih dahsyat katanya. Itulah nilai pengetahuan mereka yang membuat kajian.
adang-kadang kita pelik bila tanya masalah di Palestin siapa jahat Yahudi Amerika ke Syiah Hizbullah ? mereka kata Yahudi jahat kerana membunuh umat Islam dan Hizbullah baik. Bila kita tanya lagi di Iraq sapa jahat? mereka kata kesian umat Islam dibunuh oleh Amerika Yahudi, Kita tanya lagi siapa yang perintah Iraq sekarang yang didokongi Amerika itu, mereka kata Syiah, kita tanya habis Syiah tu macam mana ? Saudara kita jugak… kalau kita terangkan macam mana punca kejatuhan Iraq hasil kerjasama Amerika , Syiah Iraq dan Iran. Mereka kata tipu… Inilah Yahudi… dan Wahhabi… Dia tak sedar Syiah dok kata kat Sunnah (termasuk diri dia sendiri) hala darahnya. saya menyeru kepada kita semua mengambil berat masalah Afghanistan dan Iraq disamping Palestin yang kita cintai kerana itulah medan pertempuran Akhir Zaman dimana Dajjjal akan muncul di Isfahan yang akan diikuti oleh manusia yang memakai jubah Parsi (Tayalisah), semestinya mereka adalah orang-orang Parsi – rujuk artikel saya sebelum yang disisarkan di TKO beberapa hari lepas – “Messiah Yahudi menurut kitab-kitab Syiah”. Kufah, Lembah Furat di Iraq adalah medan pertempuran akhir zaman.. Kelompok manusia Sunnah di wilayah Khurasan – boleh jadi pergerakan Taleban, telah disebut sebagai pembawa panji hitam akan menyokong Imam Mahdi berjuang sampai ke Makkah… Nabi s.a.w juga menyebut tentera Mahdi bersama Panji Hitam akan memerangi Rome (Italy dan Vatican termasuk Turki Sekular) dan akan memerangi Iran (Persia) dan menakluki mereka. Ketika itulah bumi Iran dibersihkan dari Shiah dan tinggallah mereka bersama Yahudi sebagai pengikut Dajjal yang akan berperang dengankelompok Mahdi dan Nabi Isa di bumi Palestin dan Iraq dan Syria.. Wallahu A’lam….
pijo on April 6th, 2009
Zionis memang celaka dan orang yang menghina dan memburuk-burukan pejuang mujahedin hizbullah juga lagi celaka..!
HaFizul on April 6th, 2009
Kepada TAKER,anda seolah anti-syiah dan pro-Israel zionis yang zalim lagi licik….kenapa mereka yang kejam seperti Saddam husien atau taliban disanjung tetapi mereka yang berjuang mempertahankan islan dan tanah air seperti Hizbulah digelar sebagai munafik?
walaupun Iran dan Hizbullah itu syiah tetapi mereka tetap mengucap dua kalimah syahadah dan meraka adalah sebahagian daripada tentera allah yang akan menghancurkan Israel suatu hari nanti..
Allahhuakhbar..!
naz on September 6th, 2009
peranan paling mudah, just boycott their products. can we? but we’re surrounding by their product since child, can we resist that? =)
p/s: luv your header & ur tagline bro.keep it up =)








saf1 on January 16th, 2009
Yahudi jahanam memang celaka.Kawasan kubor pun dia org nak bom,mungkin jasad shuhada kita yg tak dimamah tanah buat mereka dengki kot.Semoga Allah melindungi tanah Palestine. Allah HuAkbar!!!