Archive for 'Random'

Palestin oh Palestin

Posted on January 11th, 2009 under Random. Tags - , , ,

Aku cukup hiba bila tengok warta berita atau surfing web berita. Palestin. Apa salah mereka? Apa peranan kita?

Aku? Aku rasa aku tak mampu nak angkat senjata & berperang dengan Israel (Yahudi mabok). Tapi sekurang-kurangnya aku masih mampu menaip post kali ini. Hentikan menyokong Israel secara tidak langsung. Bersama²lah kita memainkan peranan.

Check out these links :-

Bob.My | XeRo | MenJ | Rohaizad | Affuan | PalestinKini | Azhad | Sejarah Palestin | Aman Palestin | PeduliPalestina |

P/s: Link akan ditambah jika ada permintaan.

6 Comments

Cinta seorang lelaki

Posted on November 12th, 2008 under Random. Tags - , , , ,

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

3 Comments

Elaun dah masuk

Posted on February 20th, 2008 under Life, Random. Tags - , ,

Yang sebenarnye elaun dah masuk 14hb aritu lagi. Hehe. Bile dah ade duit, timbullah keinginan untuk berbelanja sakan. Hehe. So 17/2/08 aritu aku gi KB. Mula² singgah kat PCDepot dulu. Tengok external 2.5″ jenama Buffalo. 120GB = RM260. Then gi KB Mall untuk cari harga yang lebih menarik. Malangnye takde sebuah pun kedai komputer atas KB Mall yang jual external Buffalo ni. So terpaksa la aku gi PC Depot balik. Nak tawar² harga pun, fixed price dah tu. Huhu. Last² amik la jugak sebab aku nak sangat pakai external ni.

Buffalo Mini Station Buffalo Mini Station

P/s : External ni memang rugged. Jatuh dari poket pun, harddisk kat dalam still maintain. Hehe.

1 Comment

I don’t know that

Posted on January 5th, 2008 under Random. Tags -

100 things we didn’t know last year

Wow, this one shocks me up :D
My favorite is number 2,31,34,62,64 &67

1 Comment

Update FlickR

Posted on December 11th, 2007 under Life, Random. Tags - ,

Head this way untuk tengok gambar² yang tak berapa nak baru :D

BTW, hujan tetap cam biasa, konsisten. Dari pagi sampai ke malam tak henti². Tapi banjir belum mula lagi. Tak sabar la pulak nak main air bah. Hehe.

Lani teringin nak memiliki sebuah Nikon D80. Ade tak sesape kat luar sana tu yang sudi sedekah kat aku? Hehehe

No Comments

 

Search

Greetings

Welcome to my personal blog. Feel free to surf around, and do contact me if you ever need anything.

Have a nice day!

Twitter Updates

FlickrRSS

  • IMG_0385IMG_0377IMG_0373IMG_0372IMG_0370IMG_0368IMG_0367IMG_0366
RSS Feeds