New Domain & Hosting
Posted on April 21st, 2008 under Wordpress. Tags - domain, exabytes, hosting
Hello semua… sebenarnye dah lama aku nak tulis entry ni, tapi kesibukan kelas telah menyebabkan aku terpaksa tangguh sampai hari ni. so, inilah dia — paskal.my — yang aku beli dengan Exabytes. memang dah lama aku pasang angan² untuk memiliki domain name & hosting sendiri. dari masa aku mula² kenal dunia HTML coding lagi. dari geocities.com/paskalion ke paskal.exofire.net sampailah ke paskal.gempax.net, aku dah mula jemu menggunakan hosting² percuma (yang juga limited function) dan domain name yang panjang. jadi, 16hb aritu aku register online untuk semua ni, dan 18hb — all up & running, smoothly.
disini jugak saye nak ucapkan jutaan terima kasih kepada bro Azmie yang selama ini telah banyak membantu saye dari segi hosting. jasamu tetap dikenang bro!
walaupun aku dah memiliki domain & hosting sendiri, maybe aku jarang update kot. kena tunggu ader bajet untuk pasang Streamyx sendiri kat rumah, barulah aku boleh update selalu. tak larat nak pergi cybercafe tetiap hari. sejam RM2, kalo aku lepak cc, bukan kejap². paling kurang 3 jam.
ok lah, setakat ni je lah bebelan berunsur merapu aku nih. korang ushar² lah sendirik ape yang ade kat sini. insyaAllah, aku akan wat ruangan download sikit² hari lagi…
8 Comments
Transfer complete
Posted on August 17th, 2006 under Life. Tags - domain, hosting
At last, selesai sudah projek pemindahan blog aku nie. pening pale toksah cakap la. macam² ada! hehehe. so, sekarang aku tunggu korang komen jer lah. hope korang puas hati ngan ape yang aku dah buat kat blog ni. anyway, my big thanx to Mr Azmie kerana sudi mensponsor sedikit space dari servernya, gempax.net
No Comments
Pindah server
Posted on August 11th, 2006 under Life. Tags - domain, hosting
erm…arini aku pindah server. pakai server gempax.net plak. host bawah azmie.net …exofire tu leceh tul la..kna signup banyak sangat. so lepas ni korang pakai address ni jer lah… paskal.gempax.net .. thanxxx….
p/s : lepas ni korang takyah guna paskal.exofire.net lagi, terus guna paskal.gempax.net je k.
2 Comments
Domain baru
Posted on May 7th, 2006 under Life. Tags - domain, hosting, php
Petang tadi aku tukar hosting dan domain baru. domain ‘trap.net’ tu problem sangat. skrip PHP dia tak jalan. lalu aku pun tuka la ke hosting baru, bermakna domain pun baru la. lepas ni korang boleh la bukak blog aku nie guna address baru – http://paskal.exofire.net …lawa pun lawa yang baru nie. function banyak. memang puas hati la tukar yang baru nie. k la, selamat membaca blog aku nie…
No Comments
Address baru
Posted on February 17th, 2006 under Life. Tags - address, domain, Wordpress
Hurm.. aku dah wat sikit change untuk access blog ni. Lepas ni, samada korang pakai link http://paskal.wordpress.com atau yang baru http://paskal.trap17.net . Dua² bleh digunakan untuk access ke blog nie, tapi yang no 2 tu lagi lawa la. Ape² pun, enjoy my blog!
P/s: Tak sabarnye aku nak beli domain ngan server sendirik… tak best ar pakai subdomain orang lain. Panjang sangat..ujung bulan nie sempat la kot…InsyaAllah…







