Banjir wehh
Posted on December 2nd, 2008 under Life. Tags - banjir, hujan, jerteh, kampung
Hua semalam rumah aku naik air daa. Tenggelam gak la dua anak tangga. Nasib la rumah kampung ni tinggi. Kalo tak, mau terapung PC aku nih. Hehehe. Anyway, arini dah surut tapi jalan nak ke bandar Jerteh masih lagi ada air melintas di beberapa lokasi seperti Alor Keladi, Lubuk Kawah & Cherang Meliling. Hujan pulak tak henti2 dari pagi sampai petang. Sawah pulak dah jadi cam Lautan Hindi. Hehehe. Sayangnya aku dah jual kamera kau tu kat member, so takleh la nak snap2. Huhu.
Nanti kalo banjir melanda lagi, aku update keyy.
No Comments
Update FlickR
Posted on December 11th, 2007 under Life, Random. Tags - hujan, photos
Head this way untuk tengok gambar² yang tak berapa nak baru
BTW, hujan tetap cam biasa, konsisten. Dari pagi sampai ke malam tak henti². Tapi banjir belum mula lagi. Tak sabar la pulak nak main air bah. Hehe.
Lani teringin nak memiliki sebuah Nikon D80. Ade tak sesape kat luar sana tu yang sudi sedekah kat aku? Hehehe
No Comments
It’s raining…
Posted on December 9th, 2007 under Life, Random. Tags - banjir, design, hujan
Hujan lebat tak henti² sejak dua tiga hari ni membuatkan aku kebosanan kat rumah. Nak pegi CC pun payah. Huhuhu. So, aku pun cuba menghilangkan kebosanan tersebut ngan wat design baru untuk blog ni. Tatau bile leh siap…Maybe lepas banjir kot
P/s : Hujan jugak wat perut jadik cepat lapar. Kepada Encik Abah, blog ko mmg wat org kelaparan. Hehehe. Bleh jd salah sorang editor Delicious Days ko nih








