Banjir wehh

Posted on December 2nd, 2008 under Life. Tags - , , ,

Hua semalam rumah aku naik air daa. Tenggelam gak la dua anak tangga. Nasib la rumah kampung ni tinggi. Kalo tak, mau terapung PC aku nih. Hehehe. Anyway, arini dah surut tapi jalan nak ke bandar Jerteh masih lagi ada air melintas di beberapa lokasi seperti Alor Keladi, Lubuk Kawah & Cherang Meliling. Hujan pulak tak henti2 dari pagi sampai petang. Sawah pulak dah jadi cam Lautan Hindi. Hehehe. Sayangnya aku dah jual kamera kau tu kat member, so takleh la nak snap2. Huhu.

Nanti kalo banjir melanda lagi, aku update keyy.

No Comments

Balik kampung

Posted on April 21st, 2007 under Life. Tags -

Seperti yang diberitahu dalam post yang lepas, aku telah menghadiri satu temuduga di Besut, Terengganu. Ini temuduga untuk program D3D@Terengganu yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, khas untuk anak-anak Terengganu. So, sape-sape yang IC 11 atau 46 tu, boleh la cuba nasib. Aku? Of course la boleh. Hehehe. Aku buat sampai terlopong penemuduga tu. Hahahahahaha. Tanya pada yang pakar, maka melopong la. Hahaha.

By the way, aku nak cerita sikit pasal perjalanan balik kampung kali ni. Aku naik bas ekspress Transnasional di Hentian Putra pada 17/4/07 jam 9 malam. Driver bas ni seorang pakcik yang berumur lebih kurang 50 tahun. Pukul 12, bas berenti makan, kat mane ntah, Gua Musang kot. Aku mamai sket time tu. Sejam berenti makan, bas jalan balik. Pukul 3.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Hoh, dah sampai kat Jerteh. Eh, pakcik driver ni ingat dia bawak keta F1 ke? KL – Besut just 6 jam je. Ape pun aku respek pakcik tu sebab kitorang semua telah selamat sampai ke destinasi masing². Sampai awal tak bermakna best, sebab takde orang nak ambil aku. Makanya, melepak lah aku dekat stesen bas tu sampai jam 6.30 pagi. Mandi dekat Masjid Jerteh, then sarapan. Pukul 8 gi temuduga. Dah cerita kat atas, so taknak ulang lagi. Habis temuduga jam 12 lebih. Gi rumah sepupu dekat Pulai Rimau (Seri Nering). Then pinjam moto diorang, balik ke kampung asal aku, iaitu Kampung Padang Baloh, tempat kelahiran aku. Lama woh aku tak balik. Ada la 2 kali raya.

Pintu masuk ke kampung
Ini simpang masuk ke kampung aku. Ada wakaf tempat tunggu bas @ teksi.

Rumah Arwah Atuk
Ini rumah arwah atuk aku. Dah tak terjaga sangat. Sekarang sepupu aku yang duk kat sini ngan suami & anak-anak dia.

Sawah Padi Parit
Ini pulak permandangan sekitar kampung aku. Padi baru masak & dituai.

Penat la pulak bercerita. Aku sambung esok la pulak. Hehehehe :D

9 Comments

 

Search

Greetings

Welcome to my personal blog. Feel free to surf around, and do contact me if you ever need anything.

Have a nice day!

Twitter Updates

FlickrRSS

  • IMG_0385IMG_0377IMG_0373IMG_0372IMG_0370IMG_0368IMG_0367IMG_0366
RSS Feeds