Relief ke Pizzahut baru
Posted on December 6th, 2006 under Work. Tags - kerja, pizzahut
Arini aku kena bertugas kat Pizzahut Jusco Cheras Selatan plak. Busy cams**l. Nak² plak arini jugak la Jusco tu opening. Memang pening. Customer yang menyerbu Pizzahut bukan sikit². Tak menang tangan dibuatnya. Start dari aku masuk keje kul 11 sampai balik kul 7, tak reda² jugak. Panas jek ati.
Tapi Jusco yang baru bukak ni memang lawa. Kira pandai la interior designer dorang tu hias. Lagi lawa dari Alamanda Putrajaya. Korang datang la lawat aku kat Pizzahut ni. Tapi aku sementara je relief kat sini, sampai Rabu minggu depan jer. Tolong² opening store baru ni coz dorang takde staff tetap lagi. Yela, baru bukak la katakan. Esok, kena kat sini lagi. Hadui penatnya aku. Dah lama tak layan “Dine-In”. Last skali wat “Dine-In”, setahun lepas kat Pizzahut Alamanda. Huhuhu.
7 Comments
Duit raya
Posted on November 1st, 2006 under Life, Work. Tags - handphone, kerja, raya
Saje je buat title tu. hehehe.. tapi memang dapat la duit raya dari kompeni. RM120. tu pun kire bonus keje masa raya aritu. masyuk la jugak. tambah² pulak dapat “duit raya” dari customer yang baik hati. ada tu bagi sampai RM20. huhuhu best betul jadik delivery rider pizzahut ni. ma$$$yukk
…… ape² hal pun, ni la first update aku lepas raya…takde la banyak sangat perkembangan terbaru. biasa² je. esok cuti, so malam ni blah balik putrajaya la. lepak sana. nak burn CD dua tiga keping. 7hb nanti gaji masuk. cadang nak amik henpon baru. tatau lagi model pe nak amik. dalam perancangan, Nokia 3230, 3250, N70 ataupun 6670. 4 pilihan utama. ape pendapat korang?
8 Comments
HWWT & Customer Mania Celebration
Posted on October 9th, 2006 under Work. Tags - hwwt, kerja, pizzahut
Wahh..panjangnye tajuk..hehe. By the way, dua tiga hari lepas (8 Oct), Pizzahut Taman Connaught telah mengadakan HWWT & Customer Mania Celebration dengan jayanya. Acara bermula tepat pukul 12 malam selepas siap closing store. Turut hadir menjayakan acara ini adalah Mr Awi, Area Manager bersama En Mazlin, Training Officer Pizzahut. Ceh, skema betul ayat aku nih..hehehe. Ni lah gambar² yang sempat di ambil semasa acara tersebut. Enjoy!
Kepada yang tak tawu apekah itu HWWT & Customer Mania Celebration , ianya adalah satu acara dalam kamus Pizzahut seluruh Malaysia yang dibuat kira² tiga bulan sekali, untuk meraikan beberapa perkara berkenaan operasi Pizzahut. Antaranya ialah meraikan harilahir staf² yang jatuh sekitar dua bulan sebelum dan selepas acara itu dijalankan. Contohnya, besday aku 6 Okt, member aku Joe 28 Sep, dan seorang lagi staf Pizzahut, Huzaimi 15 Okt, disambut serentak dalam acara ini. Kemudian terdapat beberapa permainan yang dimainkan, yang mana setiap permainan ini mempunyai maksud² tersirat. Contohnya, main sambut bola melambangkan semangat perpaduan dikalangan staf², dan banyak lagi…huhuhu malas nak tulis panjang²…
7 Comments
Part-time job
Posted on August 24th, 2006 under Life. Tags - kerja, pizzahut
Semalam aku start keje part-time kat Pizzahut Tmn Connaught. hurm.. dah lama aku tak buat keje berkaitan ngan makanan ni. last aku keje kat Pizzahut, bulan 6 tahun lepas, kat Pizzahut Alamanda. well, okey gak la store ni. kecik jer, so takde lah penat sangat. lagipun aku ditugaskan jadik cashier je. pening sket la nak blajar tang benda² kat touch-screen tu. banyak sangat shortform. tapi ade gak staff sini yang pelik, aku bleh wat cutting, manage order and macam² lagi sedangkan pada diorang, aku baru je start keje. bile diorang tau je aku penah keje kat Pizzahut Alamanda & Bangi dulu, masing² melopong. hehehe
3 Comments
Penat
Posted on August 14th, 2006 under Life. Tags - kerja
Damn penat tul keje arini. rasa cam nak blackout je palaotak nie. nasib baik la saki baki tenaga masih boleh digunakan untuk mengendalikan moto aku tu untuk balik kerumah dengan selamat. huhu.



















