Relief ke Pizzahut baru

Posted on December 6th, 2006 under Work. Tags - ,

Jusco Cheras Selatan Jusco Cheras Selatan

Arini aku kena bertugas kat Pizzahut Jusco Cheras Selatan plak. Busy cams**l. Nak² plak arini jugak la Jusco tu opening. Memang pening. Customer yang menyerbu Pizzahut bukan sikit². Tak menang tangan dibuatnya. Start dari aku masuk keje kul 11 sampai balik kul 7, tak reda² jugak. Panas jek ati.

Tapi Jusco yang baru bukak ni memang lawa. Kira pandai la interior designer dorang tu hias. Lagi lawa dari Alamanda Putrajaya. Korang datang la lawat aku kat Pizzahut ni. Tapi aku sementara je relief kat sini, sampai Rabu minggu depan jer. Tolong² opening store baru ni coz dorang takde staff tetap lagi. Yela, baru bukak la katakan. Esok, kena kat sini lagi. Hadui penatnya aku. Dah lama tak layan “Dine-In”. Last skali wat “Dine-In”, setahun lepas kat Pizzahut Alamanda. Huhuhu.

7 Comments

Guling baek punya!!!

Posted on November 20th, 2006 under Life. Tags -

Adusss ape punya malang nasib aku arini. Berguling-gulingan diatas jalan raya bersama motor Pizzahut. Hahahahaha. Nasib baik tak parah, calar² sket je kat lutut ngan siku. Tapi pedih siot..

Siku Kaki kiri Kaki kanan

10 Comments

HWWT & Customer Mania Celebration

Posted on October 9th, 2006 under Work. Tags - , ,

Wahh..panjangnye tajuk..hehe. By the way, dua tiga hari lepas (8 Oct), Pizzahut Taman Connaught telah mengadakan HWWT & Customer Mania Celebration dengan jayanya. Acara bermula tepat pukul 12 malam selepas siap closing store. Turut hadir menjayakan acara ini adalah Mr Awi, Area Manager bersama En Mazlin, Training Officer Pizzahut. Ceh, skema betul ayat aku nih..hehehe. Ni lah gambar² yang sempat di ambil semasa acara tersebut. Enjoy!

Kepada yang tak tawu apekah itu HWWT & Customer Mania Celebration , ianya adalah satu acara dalam kamus Pizzahut seluruh Malaysia yang dibuat kira² tiga bulan sekali, untuk meraikan beberapa perkara berkenaan operasi Pizzahut. Antaranya ialah meraikan harilahir staf² yang jatuh sekitar dua bulan sebelum dan selepas acara itu dijalankan. Contohnya, besday aku 6 Okt, member aku Joe 28 Sep, dan seorang lagi staf Pizzahut, Huzaimi 15 Okt, disambut serentak dalam acara ini. Kemudian terdapat beberapa permainan yang dimainkan, yang mana setiap permainan ini mempunyai maksud² tersirat. Contohnya, main sambut bola melambangkan semangat perpaduan dikalangan staf², dan banyak lagi…huhuhu malas nak tulis panjang²…

Team Two Team One Hamper Hadiah aku Banner sempoi Main game Ade bunge la Ramai² potong kek Kek kena belasah Instruction dari Mr Awi

7 Comments

Juadah berbuka puasa

Posted on September 26th, 2006 under Life. Tags - , ,

Arini merasa gak aku berbuka ngan makanan selain dari pizza. yela, start puasa aritu, aku bukak puasa kat tempat keje (pizzahut) je, baru arini aku bleh gi pasar ramadan kat taman len seng, cheras. singgah masa balik dari keje. aku beli kuetiaw kerang (feveret), kek coklat (feveret gak) ngan air mata kucing. balik je umah, ingat nak tido kejap, tapi tak jadik lak coz shida (adik aku) ajak gi bukak puasa kat kedai mamak ngan kawan dia. so ikut je lah, orang nak belanje katekan. hehehe. order nasi lemak ayam ngan nescafe ais, tambah sup ayam. last² sup ayam je abis. nasik lemak aku tapau. wah, banyaknye lauk nak makan malam ni. nasik lemak aku nak simpan wat sahur. so, balik je umah, aku makan kuetiaw kerang tu. licin. hehe.

Kek coklat Air Mata Kucing Kuetiaw kerang! Nasik lemak ayam

4 Comments

Part-time job

Posted on August 24th, 2006 under Life. Tags - ,

Semalam aku start keje part-time kat Pizzahut Tmn Connaught. hurm.. dah lama aku tak buat keje berkaitan ngan makanan ni. last aku keje kat Pizzahut, bulan 6 tahun lepas, kat Pizzahut Alamanda. well, okey gak la store ni. kecik jer, so takde lah penat sangat. lagipun aku ditugaskan jadik cashier je. pening sket la nak blajar tang benda² kat touch-screen tu. banyak sangat shortform. tapi ade gak staff sini yang pelik, aku bleh wat cutting, manage order and macam² lagi sedangkan pada diorang, aku baru je start keje. bile diorang tau je aku penah keje kat Pizzahut Alamanda & Bangi dulu, masing² melopong. hehehe

3 Comments

 

Search

Greetings

Welcome to my personal blog. Feel free to surf around, and do contact me if you ever need anything.

Have a nice day!

Twitter Updates

FlickrRSS

  • IMG_0385IMG_0377IMG_0373IMG_0372IMG_0370IMG_0368IMG_0367IMG_0366
RSS Feeds