I Hate Birokrasi!!
Posted on June 21st, 2008 under Work. Tags - birokrasi, hate, terengganu, upmn
Saya ade satu soalan sahaja kepada pihak yang menguruskan elaun D3D@Terengganu di UPMN Terengganu : “MANA ELAUN KAMI!!??“.
Birokrasi yang tak berkesudahan ni memang betul² menyakitkan hati. Tanpa sebarang notis atau pemberitahuan secara lisan, tiba² aje elaun yang biasanya masuk setiap 15hb, tak dapat dikesan. Menghilang entah kemana. Sudahlah bonus aritu kena bagitau berkali² baru dapat. Jangan layan kami macam budak² tadika. Pihak Redang Digital pun tolonglah faham masalah kami ni. Jangan lepas tangan aje.
Kalau elaun terpaksa ditunda, saya rasa ada banyak cara nak umumkan kepada kami. Fax, telefon, email. Hendak seribu daya…
Kepada pihak² yang terasa lepas baca blog ni, harap faham keadaan kami. Kami tau (elaun)itu bukan hak kami, tapi seperti mana yang Kerajaan Negeri janjikan, kenalah ditunaikan.
Sekian terima kasih.
Yang menurut perintah,
Tuan Blog







